Linkin Park Joe_Hahn

Hahn menyertai Linkin Park selepas bertemu dengan rakan sekumpulannya iaitu Mike Shinoda di sekolah seni, semasa kumpulan tersebut masih dikenali dengan nama Xero pada tahun 1996 sebagai pemain turntable kumpulan tersebut. Sejak itu, dia banyak mengarah video muzik bagi kebanyakan single Linkin Park, kecuali "One Step Closer", "Crawling", "Faint", dan "Given Up". Dia sering dirujuk sebagai Mr. Hahn pada permulaan lagu "Cure for the Itch" dari album Hybrid Theory di samping "High Voltage" dari Hybrid Theory EP serta "Kyur4 TH Ich" dari Reanimation. Dia juga turut membuat lagu remix bagi "With You" dan "Cure for the Itch" (kedua-duanya berasal dari album "Hybrid Theory"), yang ditampilkan dalam album remix Reanimation sebagai "Wth>You" dan "Kyur4 Th Ich".

Bagi album Minutes to Midnight tahun 2007, Joe Hahn lebih tertumpu kepada pengaturcaraan papan kesan suara serta papan kekunci MIDI. Minutes To Midnight juga menampilkan bakat turntablenya melalui lima runut: "What I've Done", "Wake", "Valentine's Day", " The Little Things Give You Away", dan "In Pieces."Joe turut dikenali kerana menggunakan pad MIDI pada beberapa runut kumpulan tersebut. Contohnya termasuklah "Crawling", "Numb", dan "Points of Authority".